..Anda kini berada di tempat jajahan milik Sarah Julia.. Semua yang ternyata di dalam blog ini adalah Hak Milik Sarah Julia..
JUe (◕‿◕✿): RESIPI MACARONI DAN CHEESE BAKAR

Thursday, February 3, 2011

RESIPI MACARONI DAN CHEESE BAKAR

ASSALAMUALAIKUM.. Saya tahu korang yang taip ''resipi macaroni and cheese bakar'' kat yahoo, google & e.t.c. maybe akan terbukak blog saya ni.. Saya bukan nak mengambil kesempatan, tetapi nak kongsi keenakan macaroni and cheese yang saya dan family buat.. 


FUUUUUHHHHHHHHHHH!!! 
SEDAP GILERRR..


Rugi kalau siapa tak mencubanya.. Saya akan kongsi resipinya tanpa ubah apa-apa bahan.. Saya jujur tau!! Hehe, perasan betul la saya ni..


BAHAN-BAHAN:
200g macaroni---------------------------> rebus sehingga lembut
30g bawang putih------------------------> dicincang
30g bawang merah-----------------------> dicincang
80g lada benggala------------------------> potong menjadi kiub
4 sudu besar minyak zaitun/mentega
150g tuna flake
1 sudu kecil pes pesto/selasih
100g  krim putar/susu cair
150g keju mozzarella
10g serbuk lada hitam
sedikit garam dan perasa

(pastikan anda mempunyai semua bahan di atas!! baru lah boleh mula memasak.)

CARA-CARANYA:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun/mentega.
2. Kemudian, masukkan lada benggala.
3. Masukkan krim putar/susu cair dan pes pesto/selasih.
4. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa.
5. Seterusnya, gaul sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan pasta.
6. Kemudian, biarkan krim sehingga pekat sedikit. Masukkan tuna.
7. Gaul sehingga sebati. 
8. Masukkan macaroni dalam kaserol dan teburkan keju.

(kalau saya, saya tabur keju setingkat demi setingkat. So, bolehlah rasa keju di dalam juga!!)

berikut adalah hasilnya sebelum dibakar



9. Akhir sekali, bakar selama 20 minit dalam suhu 150 darjah selsius.



HASILNYA~~~~ TENGTERENG!!!!!!




















haha.. gempak kan?? macam piza.. hope korang yang mencuba ni berjaya belaka!! 
SALAM..

0 100 love:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers